Feeds:
Posts
Comments

Abstrak

Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai Pusat Keselamatan Siber di Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh MCSA ialah berkaitan tindak balas kecemasan siber, penyelidikan terhadap ancaman siber, pemantauan pematuhan dasar, pengurusan keselamatan dan amalan terbaik, latihan dan outreach serta jaminan keselamatan siber. Wujudnya pelbagai laman web berbentuk hasutan dan lucah boleh memberi implikasi buruk kepada Negara.  Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet telah menjadi gaya hidup masyarakat kini.
Pendahuluan

Kemunculan internet sebagai medium komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana itu, tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber. Orang ramai boleh memperoleh pelbagai maklumat sama ada yang berbentuk idea, propaganda, pornografi dan sebagainya yang disebarkan menerusi internet.  Kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti serangan siber dan sistem data maklumat negara boleh terancam.  Negara kita juga tidak terkecuali dan terpaksa berhadapan dengan ancaman siber ini.  Justeru, MCSA telah ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai pusat keselamatan siber di Malaysia.

Sejarah Penubuhan MCSA

• 13 Januari 1997
Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (Malaysian Computer Emergency Response Team–MyCERT) telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu keselamatan komputer di kalangan pengguna internet di Malaysia;

• 24 Januari 1998
Mesyuarat Majlis IT Kebangsaan (National IT Council–NITC) 6/98 telah mengarahkan sebuah agensi dibentuk untuk menangani isu-isu keselamatan ICT di negara ini.  Hasilnya, National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) telah diwujudkan;

• 28 Mei 1999
Mesyuarat Jawatankuasa Teras Strategik (Strategic Thrusts Implementation Committee–STIC) 1/99 mengambil keputusan bahawa NISER bertujuan untuk mewujud, menyelaras dan menyenggara inisiatif pertahanan siber bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan;
• 10 April 2001
NISER telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi;

• 7 April 2006
Mesyuarat NITC 1/2006 bersetuju dengan penubuhan MCSA; dan

• 25 Julai 2006
Y.B. Dato’ Sri Dr. Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan bahawa NISER memulakan proses transformasi untuk menjadikannya sebagai MCSA.
Perkhidmatan MCSA

• Tindak balas kecemasan siber
o Amaran awal siber.
o Tindak balas insiden siber.
o Penyiasatan forensik siber.

• Penilaian ancaman siber
o Penyelidikan dan penilaian media siber.
o Penyelidikan dan penilaian teknologi siber.

• Pemantauan pematuhan
o Koordinasi Pelaksanaan Polisi Keselamatan Siber Nasional.
o Pemantauan pematuhan dasar.

• Pengurusan keselamatan dan amalan terbaik
o Garis panduan keselamatan siber dan amalan terbaik.
o Pembangunan standard keselamatan antarabangsa.
• Latihan dan outreach
o Kesedaran dan pembangunan kompetensi.
o Pembangunan profesional dan pensijilan.

• Jaminan keselamatan
o Penilaian produk keselamatan maklumat.
o Penilaian kelemahan teknologi kritikal.
Contoh-contoh Laman Web yang Mengancam Keselamatan Negara dan Ketenteraman Awam

• http://members.cox.net/terroristhunters

Dihoskan di Amerika Syarikat.

• http://www.malaysiasucks.com/Malaysia_Sucks.html
Dihoskan di Amerika Syarikat.
Contoh-contoh Laman Web Berunsur Hasutan

• http://malaysia-today.net
Dihoskan di Singapura tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Isu laporan ASLI berkenaan Dasar Ekonomi Baru.
o Perhimpunan Agung UMNO 2006.
o Kes kematian Rayapan Anthony.
o Isu perdebatan anti-hadis.
o Isu Dasar Ekonomi Baru.
o Pameran Kegemilangan Sains dan Tamadun Islam.

• http://jameswongwingon-online.blogspot.com/
Dihoskan di Amerika Syarikat tetapi pemilik adalah rakyat Malaysia.
o Menyokong pergerakan Komunisme di Malaysia.

Laman web video YouTube

• Laman web YouTube ialah sebuah laman web menggunakan teknologi
perkongsian video di internet.
• Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California ini menumpukan
kandungan video muzik, klip video amatur dan video blogging.

Contoh laman web lucah
• http://groups.yahoo.com/group/jandamuda
• http://groups.yahoo.com/group/Gadis_Urut_Batin
• http://groups.yahoo.yahoo.com/group/3gpvideoxchange
• http://groups.yahoo.com/group/aksilucah
• http://groups.yahoo.com/group/GAMBARPANAS
• http://groups.yahoo.com/group/kamarsepi65
• http://groups.yahoo.com/group/skodeng_group5
• http://groups.yahoo.com/group/skandal_gadismelayu
• http://asian.pornparks.com atau http://www.malaysiaskodeng
• http://asian.pornparks.com/vcd4u
• http://mykakis
• http://melayu.blogspot.com atau http://www.melayu.tk
• http://perempuanmelayu.blogspot.com
• http://clearblogs.com/videomelayu
• http://melayu.nudepal.com

Implikasi Kepada Negara

• Keselamatan
• Menjejaskan nama baik Malaysia
• Provokasi sentimen perkauman dan keagamaan
• Ekonomi
• Menakutkan pelabur dan peniaga asing dan tempatan
• Menjejaskan industri pelancongan
• Kenegaraan
• Mewujudkan sentimen anti Malaysia dan persepsi palsu dan negatif
• Tatasusila dan kebudayaan
• Bertentangan dengan tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia

Undang-undang Negara yang Diguna Pakai untuk Kes-kes Tempatan

• Akta Fitnah 1957
Tindakan sivil ke atas penyebaran kenyataan berunsur fitnah untuk menjatuhkan reputasi seseorang.

• Akta Hasutan 1948
Melarang penyebaran dan penerbitan maklumat yang menghasut.

• Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).

Klasifikasi Kod Kandungan

• Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998;

• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi,
pornografi kanak-kanak;

• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;

• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;

• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;

• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.
Cabaran Menangani Masalah Keselamatan Siber

• Luar Negara

o Laman web didaftarkan dan dihoskan di luar negara.

o Perintah mahkamah diperlukan untuk tindakan penguatkuasaan.  Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan tidak dapat dikuatkuasakan di negara luar secara terus.

o Kerjasama di peringkat antarabangsa tertumpu kepada kes-kes
pornografi kanak-kanak (child porn), pencerobohan laman web dan
kecurian identiti secara on-line dan tidak kepada isu-isu berkaitan isi
kandungan (content).

• Dalam Negara

o Agensi-agensi pemantauan dan penguatkuasaan melihat isu ini
secara global.

o Kurang pendakwaan yang melibatkan kes siber di mahkamah.

Cadangan

• Mewujudkan rangka kerjasama antara pelbagai pihak dalam menangani laman-laman web luar negara yang berunsur hasutan, berniat jahat atau mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

• Melaksanakan tindakan lanjut bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain terhadap laman-laman web tempatan yang ekstrem, berunsur hasutan, lucah, berniat jahat atau mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Penutup

Kekebalan sistem pertahanan negara bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut ketenteraan, malah negara juga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang serangan siber. Aspek keselamatan siber ini amat penting dititikberatkan kerana dalam dunia tanpa sempadan, sebarang ancaman dan serangan terhadap negara boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya. Oleh kerana itu, masyarakat hendaklah sentiasa peka dengan isu keselamatan siber kerana penggunaan internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari maklumat dan melakukan tugasan harian.
Sumber maklumat :
Malaysian Cyber Security Agency (MCSA)

Iskandar Malaysia

Pengenalan Kepada Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia ialah sebuah zon ekonomi unggul yang terletak di Johor, sebuah negeri ke SelatanMalaysia. Ia bakal merangkumi segi tiga logistik bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di kawasan utara hingga ke Pelabuhan Tanjung Lepas di kawasan barat daya dan Pelabuhan Johordi pasir Gudang di kawasan tenggara, yang meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi.

Visi dan Misi
Aspirasi Iskandar Malaysia adalah untuk menjadi sebuah metropolis bertaraf antarabangsa, yang disokong oleh lima tonggak utama berikut:
 Kedudukan strategik antarabangsa
 Kewujudan infrastruktur berkala besar dan kecil
 Pelaburan di dalam projek-projek pemangkin
 Kewujudan rangkaian institusi yang kukuh dan pengwujudan badan berkanun yang mampan
 Ekuiti sosio-ekonomi dan penawaran daripada komuniti setempat

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti sektor-sektor perkhidmatan yang bakal menjadi peneraju ekonomi utama di Iskandar Malaysia yang mampu memberikan peluangpeluang pelaburan yang terbaik untuk semua. Sektor yang menjadi tumpuan khusus untuk tujuan pelaburan di Iskandar Malaysia.
 Pelancongan
 Perubatan
 Industri Kreatif
 Pendidikan
 Logistik
 Khidmat Nasihat Kewangan

Kelebihan Strategik Iskandar Malaysia

 Terletak di pertembungan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
 Terletak di tengah-tengah antara India dan China, dua pasaran besar dunia.
 Mudah dihubungi melalui jalan laut, udara dan darat dari Asia dan seluruh dunia.
 Disokong tiga pelabuhan utama, dua tambak, lebuh raya dan laluan kereta api yang menghubungi Singapura.
 Berkeluasan hampir 3 kali ganda Singapura dengan pemilikan tanah yang luas, serta infrastruktur pengangkutan dan telekomunikasi yang tersedia.
 Kos hidup yang murah, berbanding Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun atau Korea di samping menawarkan kualiti hidup yang tinggi.
 Memiliki sumber manusia berpendidikan, berkemahiran, fasih pelbagai bahasa dan tersedia untuk digunakan.

Komponen Utama Iskandar Malaysia
Komponen utama Iskandar Malaysia ialah pengwujudan sebuah pusat yang menyediakan persekitaran berfasiliti lengkap untuk para pelabur dan pengguna. Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri bakal memainkan peranan yang terpenting dalam membantu penubuhan sebuah persekitaran yang mesra-pelabur menerusi imigresen, pencukaian, pendidikan, tanah dan hubungan dengan pihak berkuasa tempatan. Iskandar Malaysia juga akan menjadi pusat yang menumpukan kepada pembangunan berterusan, pemeliharaan alam sekitar dan penagihan keuntungan yang saksama kepada masyarakat setempat.

Sekolah Kluster

Sekolah Kluster


Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari  2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sekolah melonjakkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia

seko

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujun

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;

• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah  Pelajaran Malaysia
• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr  Abdul Rahman Arshad.
• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :

• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan  Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

• Prasyarat Pertama
– Pengukuhan Standard Sekolah
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
• Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

– SBP  : GPS 2.5 dan ke bawah
– SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
– SMT  : GPS 4.0 dan ke bawah
– sm Harian : gps 4.0 dan ke bawah

• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
• GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

• Kecemerlangan murid dalam aspek :

i) Akademik
ii) Kokurikulum
iii) Sahsiah

• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
• Keberkesanan pelaksanaan program KPM
• Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;

• Langkah 1: Penerimaan pencalonan
• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex
• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional
• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
Pengurusan Sekolah Kluster

Pemimpin sekolah kluster ialah :

• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
• Jawatan : school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula :

• Memenuhi criteria Guru Cemerlang
• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster
• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
• Nisbah kelas : guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :

• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
• Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah

• Berpandukan

Key Performance Indicator (KPI)

i) pengurusan sumber manusia dan fizikal
ii) sumber kewangan
iii) pembangunan profesionalisme staf
iv) program kurikulum dan kurikulum berkesan
v) lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

Autonomi Sekolah :

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :

• Umum (untuk semua sekolah)
• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :

• Pematuhan piawai yang berikut:

i) Akta Pendidikan 1996
ii) Sistem Pendidikan Kebangsaan
iii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaran
iv) SKPM

Senarai Bidang Autonomi

i) Pengurusan Sekolah
ii) Pengurusan Sumber Manusia
iii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
iv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
v) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Sumber maklumat : http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com

1MALAYSIA

LOGO

1-malaysia-1

KETERANGAN LOGO

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Pointers 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Soalan Dan Jawapan
1. Bilakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?
• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai ‘lead minister’ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?
• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala
sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan }
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap ‘lead minister’ ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi
enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.
• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-
masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan. • Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-
bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian
dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan
• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.
• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada. • Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. • Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. • Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah • Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku. • Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i) Jenayah jalanan Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
ii) Keselamatan awam Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah • Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. • Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. • Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan • Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi. • Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan. • Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. • Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%. • Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. • Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah • PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010. • Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan. • Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman • Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.
• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.
• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak. • Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion. • Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.
• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana • Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. • Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Kesimpulan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata. Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

Kecemerlangan PSS

 

1. Kemudahan Fizikal, Peralatan & Bahan 

1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM

Terletak di tempat yang strategik. 

1.2 Susun Atur Bilik/Ruang

Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% enrolmen pelajar. Ini termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan. 

1.3 Perabot

Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi, meja, papan maklumat dll. 

 

1.4 Bahan Cetak

Mempunyai pelbagai bahan cetak yang menepati kualiti dan kuantiti. Ini termasuk buku, akhbar, majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll. 

1.5 Bahan Bukan Cetak

Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio & video, CD dll. 

1.6 Peralatan

Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini termasuk OHP, pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll. 

1.7 Alat Keselamatan

Mempunyai alat pemadam api, pelan keselamatan, peraturan keselamatan beserta arahan-arahan dan peti kecemasan. 

2. Pengurusan dan Pengelolaan 

2.1 Struktur Organisasi

Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas Perpustakaan. 

2.2 Rancangan Tahunan

Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat  JK kurikulum atau mesyuarat  guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan dalam takwim sekolah. 

2.3 Dokumen dan Rekod

Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen: 

2.3.1 Fail kuasa

  1. Peraturan-peraturan
  2. Buku stok perolehan
  3. Rekod pinjaman
  4. Semakan stok dan hapus kira
  5. Belanjawan dan perbelanjaan
  6. Penyenggaraan
  7. Aktiviti dan kajian
  8. Pencapaian dan kejayaan

2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi memudahkan pengguna.  

2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik.

2.4 Keceriaan

Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung. 

2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti

Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS. 

3. Penggunaan PSS

3.1 Waktu Operasi

Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke PSS. 

3.2 Jadual Waktu

Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna. 

3.3 Urusan Pinjaman

Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu juga kelompok. 

3.4 Penggunaan TVP

Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya. 

3.5 Pameran

Menganjurkan aktiviri pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu. 

3.6 Aktiviti Galakan

Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS. 

3.7 Pembelajaran Kendiri

Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna. 

3.8 Bahan Promosi/Publisiti

Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru. 

3.9 Kemahiran Maklumat

Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa. 

3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian

Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P.  

4. Program NILAM 

4.1 Pengurusan Program

Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas. 

4.2 Pelaksanaan Tugas

Semua pelajar terlibat. 

4.3 Dokumen dan Rekod

Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh masyarakat sekolah. 

4.4 Pencapaian

Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. 

4.5 Pengiktirafan

Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan mengeluarkan sijil. 

5. Program Peningkatan PSS

5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang

Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 tahun. 

6.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS

Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT terkini bagi menampung keperluan semasa. 

6.3 Pengautomasian

Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah sumber kewangan. 

6.5 Kewangan PSS

Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna. 

6.6 Latihan Kemahiran

Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan PSS. 

6.7 Penilaian dan Kajian

Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan. 

7. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut: 

  1.  
    1. Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa. 
    2. Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka – sentiasa bersedia dan mahu menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya. 
    3. Mempunyai Perancangan Strategik.
    4. Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS. 
    5. Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber. 
    6. Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
    7. Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum. 
    8. Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar. 
    9. Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif. 
    10. Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web. 
    11. Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum. 

PELAKSANAAN 

Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.

Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-

  1.  
    1. Bahagian I –  Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/ Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan, Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2       
    2. Bahagian II        –  Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti) 
    3. Bahagian III – Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan, Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian) 
    4. Bahagian IV ­- Program Gerakan Membaca (20%)(Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan) 
    5. Bahagian V  – Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan  ICT di PSS, Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan Kemahiran, Penilaian dan Kajian) 
    6. Bahagian VI – Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V) 
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Feb 2004